

|
//Princess ![]() Do follow and feel free to leave ur footprints and comments No Haters, Copycats and Anon here. Wanna to know more about Me? Click Button Author :* A fake smile can hide a million tears ♡ Rawr ♡
![]()
| Adakah aku merindui dirinya?
Sunday, 23 February 2014 | 08:45 | 0 Awesome People
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Adakah aku merindui kau? Mungkin YA. Kerana apa? Kerana semalam aku mengingatimu. Kini alam kita berbeza, kesahihan rinduku hanya ku pendam dengan hanya melafazkan isi hatiku kepadanya. Daku merinduimu dan hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasin. Setelah bertahun-tahun lamanya kau pulang kepadaNya, tetapi pada hari ini aku secara tiba-tiba mengingatimu dan merinduimu serta kenangan kita. Setelah pelbagai kenangan yang telah kita ciptakan, segalanya ku ceritakan kepadamu tetapi pada hari ini ku masih terbayangkan saat-saat indah kita berdua itu.
Dulu kita sering bersama walau apa jua yg menghalang kita. Di setiap aku bersedih, kau sentiasa memperingatkan aku supaya mengingatiNya, kau berikan aku kegembiraan yang sebenarnya sementara bagiku. Aku masih ingat lagi apa yang kau kata pada aku ketika sedih, kau berangan-angan dan berkhayal sambil berkata "Suatu hari nanti, saya nak bawa awak terbang tinggi kat atas tu naik flight". Aku tersenyum mendengar kata-kata yg hanya sekadar angan-anganmu itu sayang. Selepas itu ku tanyakan kepadamu "Awak nak bawa saya pergi mana naik flight?" Kau masih terus dengan ceritamu yg biasa membuatku tertawa di saatku kesepian. Kau katakan kepadaku "Saya nak bawa awak jalan-jalan dekat Singapore". Aku tertawa seakan-akan memperlekehkan kata-katamu.
Aku hanya melayan segala angan-anganmu bahkan juga impianmu untuk membawaku terbang tinggi. Lalu ku berkata "Kenapa awak pilih Singapore?" dan dikau membuatku terasa lucu akan jawapanmu "Sebab saya nak purpose awak kat sana then honeymoon kat sana" Aku tertawa lagi dan aku bertanya "Mampu ke awak? Apa yang ada dekat Singapore tu?" Kau menjawab "Dekat sana ada tempat yg sangat menarik, ada Garden of the bay, Garden Chiniese Bridge and macam-macam lagi. Nanti kalau saya dah berkemampuan, saya bawa awak pergi sana, ok?" Lalu kau mencuit pipiku. Aku bertanya lagi "Apa yang bestnya pergi garden semua tu?" Kau menjawab "Kalau awak nak tahu, pada waktu malam, suasana di sana sangat cantik. Jadi nanti kita pergi garden tu waktu malam ok?"
Kita masih lagi bercerita tentang Singapore, dan aku bertanya lagi sekali "Apa yang awak nak buat sebenarnya pergi garden kat sana waktu malam?" Kau terus menjawab "Saya nak...... ajak awak dinner dulu. Lepastu ajak awak jalan jalan kat situ, lalu purpose awak kat sana. Ohh Indahnya" Betapa indahnya kenangan kita pada waktu itu. Aku tak mampu untuk melupakan segalanya. Selain itu, aku masih terbuai dengan kata-katamu yang ingin membawa aku ke kota Mekah. Subhanallah.. Aku merindui segalanya akan dirimu. "Awak, kalau kita dah kahwin, saya nak bawa awak pergi Mekah. Kita sama-sama menuaikan haji ye? Saya sayang awak. Sampai akhir nafas saya. Awak ingat tauw? Saya sayang awak sampai akhir nafas saya." Betapa aku memegang kata-katamu itu wahai sayang. Aku merinduimu.
Kisah kita bukan sahaja berakhir disini, setiap hari kau katakan kau akan menyayangiku sehingga akhir nafasmu. Dan kau juga pernah berkata "Awak, sebelum kita teruskan hubungan kita ini, saya nak awak tahu sayangi saya kerana Allah SWT dan kerana siapa diri saya. Allah SWT yg mencipta saya untuk bertemu dengan awak. Jadi sebelum awak menyayangi saya, awak harus cari cinta Allah SWT" Subhanallah. Kau membuat diriku terkesima akan kata-katamu. Tidak pernahku jangka untuk seorang lelaki menyatakan itu kepadaku. Aku hairan mengapa kau tidak bosan menyatakan kau akan menyayangi aku sehingga akhir nafasmu sayang. Sehinggakan orang lain akan mulai bosan jika menyatakan perkara yg sama setiap hari.
Pada suatu hari, aku diberitahu kau dimasukkan ke hospital. Aku dibawa oleh abangmu iaitu Sam. Aku juga diberitahu supaya berada di sampingmu untuk beberapa hari dan menggembirakanmu. Aku menjagamu sepenuh kasih sayang. Sesampainya aku di sana, kau masih sempat berkata dengan hanya perkataan "BIDADARI". Aku sebenarnya tidak mengerti apa yg sedang berlaku. Setiap hari aku menjengukmu dan kau masih berkata yang kau akan menyayangi aku sehingga akhir nafasmu. Pada hari ke-9 aku menjagamu disana, aku terlelap dan kau membelai rambutku dan berkata kau akan menyanyangi aku sehingga akhir nafasmu. Aku sedih sayang. Itulah kali terakhir kau katakan itu kepadaku. Kau pergi menghadapNya. Aku tahu Dia lebih menyayangimu. Genggaman erat tanganmu masih ku rasai.
Segalanya aku masih tidak dapat olahkan disini, pelbagai rintangan aku lalui setelah ketiadaanmu disisi. Aku biarkan orang lain memperbodohkan aku. Sejak ketiadaanmu, aku bukan lagi seorang yang ceria seperti dulu. Aku menjadi orang yg menyembunyikan segalanya drpd pengetahuan sesiapa. Tiada sesiapa akan dapat mengganti posisimu. Aku juga sedih kerana impianmu masih tidak terlaksana. Hanya dengan kata-katamu aku bangkit semula dan menjadi aku yg sekarang. Aku yg kini, masih keliru akan segalanya. Jika kau ada di sampingku, aku akan sentiasa menceritakan segalanya kepadamu tetapi sekarang kau menyerahkan tugasmu itu kepada abg kembarmu. Setiap kali aku melihatnya, aku teringat akan dirimu sayang. Aku melihat dirimu dalam dirinya, tetapi dia tidak sama akan dirimu. Dia berlainan. Aku merinduimu sayangku.
Dia pernah berkata, yang aku perlu bangkit selepas kehilanganmu. Hanya dengan kata-katamu itu aku boleh bangkit. Kau menyatakan kata-katamu bahwa kau akan menyayangiku. Hanya dengan secebis kata, aku mampu bangkit. Ku berharap kau tenang di sana. Aku di sini hanya dapat mendoakanmu. Dan yg pastinya aku akur akan kepergianmu. Ku yakin kau pasti menemui bidadari di sana.
|