LIFESTYLE
//Princess

(( Fifteenagers & Egoistitical ))
Hi . Bonjour Guys! You was stuck in my blog.
Do follow and feel free to leave ur footprints and comments No Haters, Copycats and Anon here.

Wanna to know more about Me? Click Button Author :*
A fake smile can hide a million tears ♡


Diaries Author Linkies Heart ♥


Rawr ♡

Whoever I am, I'm just wanna to be myself. No need your judgement or curse. Who are you for judge me? Please, let me go to my own life without haters and another bullshit.

Tweeting ♥ .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Aku masih keliru. Patutkah aku menitiskan air mata?
Tuesday, 11 February 2014 | 06:18 | 0 Awesome People
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.





Aku masih keliru. Patutkah aku menitiskan air mata? Ini adalah persoalan diriku. Aku masih tidak memahami apa sebenarnya yg aku mahukan di dalam dunia yg fana ini. Aku masih tidak dapat lagi mengawal segalanya di dalam diriku. Sememangnya aku ini bukannya seorang yg sempurna tetapi aku hanya ingin mengetahui apa yg dapat membantu aku mengetahui segalanya tentang diri aku, perasaan aku, hati aku, fikiran aku. Aku keliru, perasaanku bercampur baur, hatiku resah gelisah, fikiran ku bercelaru seolah-olah aku ini tinggal di dunia ini tanpa ada sesiapa yg mengetahui tentang keberadaan diriku. Aku keliru, Ya Allah.



Mungkin kerana terlalu memikirkan segala permasalahan yg telah berlaku kepada diriku yg membuatkan aku menjadi seperti ini. Aku bingung. Apa yg seharusnya aku lakukan? Aku masih berfikir. Soalan itu masih menjadi tanda tanya kepada diriku. Salah satunya masalah yg sering membuatkan aku berfikir dan sehingga membuatkan aku menjadi takut adalah soal percintaan pada masa kini. Aku sudah cukup lali melalui kisah percintaan pada waktu semuda ini. Aku mungkin terlalu muda untuk merasakan perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang. Tahukah dikau bahwa betapa sakitnya aku setiap kali bercinta pasti ada permainan. Ianya menyakitkan, aku sudah tidak mampu bersabar dengan segala fenomena di alam percintaan.



Ya, sememangnya ia perkara biasa buat semua. Tetapi aku sudah cukup disakiti. Berapa kalilah aku disakiti agaknya? Sehingga tidak terkira berapa banyak kali hati aku dilukai, dirobek, disakiti, dihancurkan hanya kerana kisah percintaan di waktu muda ataupun lebih dikenali dengan cinta monyet. Aku sememangnya terlalu berhati-hati kerana perkara yg sebegini. Aku tidak ingin ia berlaku lagi kepada diriku, aku tidak mampu. Semua mengatakan bahwa aku kuat dan mampu bangkit tanpa tangisan, tapi pernahkah mereka terfikir betapa sakit dan peritnya pabila menahan kesakitan hati yg telah dihancurkan dan menahan tangisan kesakitan. Pernah? Semuanya dilihat dari segi luaran.



"Aku nak kau yg dulu. Kenapa kau berubah?" soalan yg seperti ini sering diajukan kepada diriku. Mengapa dikau tanyakan kepadaku? MENGAPA? Kerana aku takut disakiti lagi. Aku ingin berhati-hati dengan pendusta. Aku tidak mampu teruskan kehidupanku dengan mempunyai hubungan lagi. Aku tidak kuat lagi untuk menghadapi segala kesakitan yg bakal kuhadapi nanti. Seringkali juga ku berkata kepada diriku supaya jangan pernah menitiskan air mata lagi, dan aku dapat melakukannya. Tapi apa? Sakitnya yg terdahulu kurasai, dapat kurasai lagi setiap kali ku cuba menitiskan air mata. Mereka sering berkata bahwa diriku juga seorang pendusta, tapi pernahkah kau terfikir apa yg telah berlaku kepada diriku? Aku jd begini hanya kerana aku berhati-hati supaya tidak diperlakukan seperti org yg tiada akal fikiran di alam percintaan.



Aku sememangnya tahu tentang maksud cinta dan sayang. Tetapi amat susah untuk ku lakukan perkara itu lagi, cinta dan menyayangi seseorang itu adalah perkara paling sukar untuk diriku kali ini. Kerana apa? Kerana diriku masih takut akan kisah percintaan. Bercinta itu perkara indah, tapi kali ini biarlah aku berbahagia dengan cara berkawan sahaja. Aku masih keliru akan perasaanku sendiri. Ku pohon kepadamu agar memahami situasiku. Aku sudah tidak mampu lagi menangis wahai sayang.



Baru saja tadi ku menitiskan air mataku ketika ku bersendirian. Sehinggakan ku sakiti hati dan perasaan sahabatku hanya kerana ku menipu akan segalanya. Aku mahu luahkan segalanya pada mereka, tetapi aku masih tidak mampu. Aku tak mampu menitiskan air mata di hadapan mereka walaupun mereka hanya pernah dengar esakan tangisanku sahaja. Mungkin belum pernah lagi mereka melihat diriku menitiskan air mata dihadapan mereka. Ku tidak mahu mereka berasa susah hati pabila mereka melihatku menangis hanya kerana perkara sebegini. Aku minta maaf akan segalanya wahai sahabat :')



Setiap kali kau menghubungi diriku, ku masih berfikir. Adakah perlu untukku membalasnya? Aku berfikir sejenak. Ia membuatku keliru. Tolonglah aku. Aku masih tidak berdaya untuk menghadapinya. Sakitnya itu aku yg rasai. Tapi apa? Mereka mengatakan yg aku melakukan dirimu seolah-olah haiwan dan tidak mempunyai perasaan. Aku tidak sekejam itu sayang. Diriku juga rasa sakit itu malah terlalu lali akan semuanya, jadi maafkan diriku kerana menyakitimu serta menggetar jiwamu itu. Ku lakukan semua ini kerana aku tidak mahu menyakitimu pabila kau lebih menyayangi diriku pabila kita berada dia alam percintaan yg selama ini kau bayangkan. Jika aku tidak dapat menyayangi dirimu sebagai seorang pasangan istimewa itu tidak bermakna diriku tidak menyayangi akan dirimu. Mungkin di sebalik semua yg berlaku ini mempunyai hikmahnya. Aku hanya mampu bertawakal kepada Allah SWT supaya memberi ku jalan yg mudah untuk mencari jalan penyelesaian akan masalah ini. 


Allah SWT itu Maha Adil dan Saksama maka kerana itulah hatiku dilindungi drpd terus disakiti. Allah SWT sedang menjaga dan merawat luka di hati ini, kerana apa? Kerana hanya Dia saja tahu betapa sakitnya hati aku pabila dilukai. Jadi ku pinta kepada dirimu agar carilah kebahagiaanmu bersama dgn yg lain. Allah SWT sudah mengatur segalanya tentang kejayaan dan kebahagiaan dirimu. Ku tahu bahwa dirimu boleh meneruskan segalanya tanpa aku disisimu.



Biarkan segalanya berlalu dengan pantas. Ku berharap hatiku ini akan tenang setelah segalanya ku ungkapkan kepadaNya :') Fahami akan maksud yg tersirat. Kualaminya sendirian. Kubangkit sendirian :') Kuakhiri dengan Assalamualaikum w.b.t.

Old things | New things