LIFESTYLE
//Princess

(( Fifteenagers & Egoistitical ))
Hi . Bonjour Guys! You was stuck in my blog.
Do follow and feel free to leave ur footprints and comments No Haters, Copycats and Anon here.

Wanna to know more about Me? Click Button Author :*
A fake smile can hide a million tears ♡


Diaries Author Linkies Heart ♥


Rawr ♡

Whoever I am, I'm just wanna to be myself. No need your judgement or curse. Who are you for judge me? Please, let me go to my own life without haters and another bullshit.

Tweeting ♥ .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Kekalutan.... :')
Sunday, 9 February 2014 | 08:51 | 0 Awesome People
Assalamualaikum w.b.t



Mungkin tajuk yang akan dipertikaikan pada hari ini agak merungsingkan. Tetapi tajuk inilah yang akan sering berlaku pada diri setiap manusia. Mengapa? dan kenapa? Ia juga akibat terlalu banyak berfikir akan sesuatu masalah yg mudah mahupun rumit. 


Kekalutan.... Ia adalah perkara biasa yang pasti akan berlaku apabila memikirkan sesuatu dan mahu membuat keputusan. Bagi remaja, ia juga suatu perkara biasa kerana memikirkan permasalahan tentang..... Jeng jeng jeng. C.I.N.T.A. Ia juga boleh dikategorikan sebagai punca utama bagi kekalutan pada diri sehingga berlakunya kemurungan. Kebiasaanya ia akan terjadi kepada remaja perempuan sehingga menyebabkan mereka hilang tumpuan dan boleh membuat mereka menjadi sedih dan akhirnya mengeluarkan air mata.


Kesedihan dan keperitan tentang permasalahan percintaan sering menjadi isu panas terhadapan kekalutan pada diri remaja sehingga menjejaskan pelajaran dan fokus remaja tersebut. Hal ini juga boleh menampar emosi mereka dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Moga dijauhkan pemikiran yg kalut ini. Bagi remaja lelaki pula, kekalutan tentang percintaan terkadang diambil remeh. Perkara kecil yg mereka boleh atasi. Tetapi itu hanya pandangan luaran bagi setiap manusia. Kita tidak akan pernah tahu bukan apa yg sedang difikirkan oleh seseorang dan soal hati mereka, jadi biarlah segalanya ditentukan oleh Allah SWT. 


Cinta, ia tidak dusta dan buta. Tetapi, kesaihan kita yang membuatnya menjadi dusta dan kotor dikalangan remaja yang disakiti hatinya akibat cinta. Apa kata saintifiknya? Hmmm haaa "Heartbroken". Ia seringkali berlaku dan menyebabkan kekalutan yg melanda diri. la juga pernah berlaku pada diri Rara sendiri. Rasanya sakit seperti duri mencucuk hati, seperti kaca yang dihiasai dengan mahligai serta permata yg berwarna-warni jatuh terhempas apabila dicampak kebawah sehinga pecah. Tapi bertawakal lah selepas itu, kerana ini semua dugaan wahai sayang. Cinta itu buta? Ada yg berkata ya, kerana mereka berkata kita yg buta tentang cinta. Ada juga yg berkata tidak, kerana jika cinta itu buta kita tidak akan pernah nampak betapa indahnya cinta. Itu biarlah diri kita sendiri yg menentukan. Percayalah wahai kawan, lebih baik mencintai Allah SWT kerana ia akan kekal abadi selamanya. Cinta kepada bunga, ia akan layu. Cinta pada harta benda, ia akan hilang. Cinta pada manusia, ia akan mati.


Selain itu, permasalahan keluarga juga boleh menjadi kekalutan kepada diri setiap manusia. Contohnya, pemecahbelahan keluarga seperti pencerian mungkin. Mahupun, kesibukan ibu bapa terhadap kerjaya atau kerja. Ini boleh juga memberi impak yang tinggi dalam diri remaja. Kerana apa? Apabila mereka sering diabaikan mereka merasa bahwa diri mereka tiada gunanya lagi dan mereka juga akan berfikiran bahwa ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka. Mahupun susah untuk mentafsir semua ini, kita perlu bertawakal kepada Allah SWT supaya memberi jalan kepada kita untuk kesemuanya akan berjalan dgn lancar.


Kekalutan yang ada pada diri kita boleh memberi impak yang lebih kerana pemikiran remaja ini sedang berkembang luas dan ia juga akan membuatkan mereka memberontak. Salah satu puncanya ialah seperti yg diterangkan tadi. Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab yang akan membuat kekalutan kepada diri ini. Rara hanya insan biasa yang juga mempunyai kekalutan dan sedang mengalaminya. Tetapi kita harus bangkit dari segala kekalutan ini dan terus maju kehadapan. Kita tidak tahu tentang apa yg akan berlaku pada hari esok, lusa mahupun seterusnya. Semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Maka perlulah kita perbanyakkan berdoa kepadanya untuk memberi kesabaran, ketabahan seta kecekalan kerana diri kita ini hanyalah insan biasa yg lemah. KepadaNya lah kita memohon, mengadu, meminta, memohon keampunan. Dia lah yg akan sentiasa ada untuk kita, sayangku sekalian :')


Kekalutan, ia seperti bunga. Apabila bunga tidak mendapat air, ia akan mudah layu dan pabila ia sudahpun dijaga dan disiram sepanjang hari ia kembali segar dan berkembang menjadi bunga yang sangat cantik dan harum. Begitu juga dengan kita, kita lemah apabila berada di dalam situasi yg rumit, kalut akan segalanya, stress dan lain-lain dan apabila ia sudah selesai, kita bangkit, kembali ceria seperti sediakala. Disetiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun kita tidak sedar bahwa ia berada di depan mata kita. 


Tetapi perbahasan kekalutan ini Rara masih bingung, apa yg sebenarnya diri kita mahukan. Itu yg menyebabkan kekalutan kita. Rara bukan pakar tentang semua ini. Semuanya bergantung pada diri masing-masing. Tetapi satu, perlulah kita mengetahui tentang segalanya yang ada di muka bumi ini tidak akan kekal. Ianya milik Allah SWT, maka mengadulah kepadaNya agar dikau merasa tenang. Mungkin setakat ini sahaja, lain kali kita jumpa lagi. Ok bloggies? Sebelum itu maafkanlah diri ini jika tersilap kata, terkasar bahasa di dalam post Rara kali ini. Rara menyusun 10 jari memohon maaf wahai rakan semua :) Ada masa singgah lah lagi ye? Maka Rara akhiri kata ini dengan Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada semua yg membaca :) 

Old things | New things