

|
//Princess ![]() Do follow and feel free to leave ur footprints and comments No Haters, Copycats and Anon here. Wanna to know more about Me? Click Button Author :* A fake smile can hide a million tears ♡ Rawr ♡
![]()
| Perasaan.
Monday, 10 February 2014 | 00:33 | 0 Awesome People
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)
Topik hari ini juga agak memeningkan setiap bloggies yang membaca, mungkin? Ahaha :D Setiap manusia di dalam muka bumi Allah SWT ini masing-masing mempunyai perasaan bukan? Ya, itu pasti. Kita mempunyai beribu rasa tentang perasaan. Tapi kita masih tidak dapat membezakan mana satukah perasaan yang kita alami. Bukankah seperti itu? Itu juga adalah salah satu kelemahan yang ada di dalam diri kita.
Kebiasaannya perasaan kita akan mudah berubah-ubah kerana pemikiran kita. Apa yang kita rasai juga akan difikirkan semula untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kata hati yang telah kita rasai. Perasaan kita juga akan bercampur baur dengan pemikiran. Ia berkemungkinan dengan perasaan suka akan seseorang ataupun menyayangi seseorang yang boleh diketegorikan orang istimewa di dalam hidup kita. Mahu tidak mahu, lambat laun kita semua akan merasai segalanya tentang perasaan ini. Terkadang seseorang yang kita suka dan sayang itu menyukai dan menyayangi kita dan kita akan merasai betapa sempurnanya hidup kita ini saat bersamanya, bukan? :D Tetapi ada juga yg mungkin ditolak, sehingga berkecai dan robek hati perasaan ini. Tanpa kita sedari perasaan kita ini disakiti olehnya, air mata mengalir secara derasnya membasahi pipi yang mulus ini. Betapa sakitnya, hanya kita yang dapat rasainya.
Alam percintaan melibatkan soal hati dan perasaan wahai sayang. Selain itu, masalah-masalah lain juga boleh membuatkan perasaan kita bercampur baur dgn masalah yang lain dan salah satu penyelesaian yang mungkin dapat membangkitkan semangat dan memberi ketenangan kepada perempuan ketika menghadapi masalah yang sebegini hanya dengan mengalirkan air mata. Air mata itu lambang bagi setiap wanita untuk meluahkan segala kesakitan yang selama ini mereka pendam. Mengalirkan air mata bukannya bermakna bahwa seseorang itu lemah di dalam sesuatu hal, ia kerana mereka kuat dan mampu tersenyum apabila mereka bangkit dan maju kehadapan khalayak ramai. Mereka ini orang yang kuat dan masih mampu melontarkan senyuman yang sebenarnya mempunya beribu-ribu makna.
Selain mereka mampu melontarkan senyuman, mereka mampu membuat penipuan paling besar dan kita ini terperangkap di dalam penipuannya yg sering memberi reaksi yang gembira dan gelak tawa mereka ini lah yg memberi kesan kepada kita supaya mempercayai bahwa mereka ok.Ye dok? Ahaaaa sebenarnya sangkaan kita semua ini salah. Kita tidak tahu apa yang sedang dirasainya. Sepertimana semua tahu, senyuman mempunyai beribu makna bukan? Sama seperti gelak tawa, ia mampu menipu setiap insan hanya untuk menutupi segala kesedihan yg dirasainya. Pernahkah kita terfikir yang di dalam dunia ini setiap senyuman dan gelak tawa yg dilontarkan adalah sesuatu penipuan yg paling besar. Pernah? Tentu sekali jarang yg memikirkan tentang ini semua.
Menjadi Perempuan,
Agaknya menjadi perempuan memang begitu,
Selalu ditinggalkan beribu batu,
Sering ditipu bertalu-talu,
Sanggup telan perit hempedu,
Mampu bertahan sehingga kematu,
Senyum diwajah, dihati siapa yang tahu.
Ada yang pernah melihat ayat seperti ini kan? Ianya mempunyai maksud yang begitu dalam tentang perasaan :') Sakit hati, iri hati, sayang, kasih, cinta, benci dll hanya kita yang dapat rasai tanpa pengetahuan orang lain. Rara pernah mendengar suatu perumpamaan, mungkin. Hahaha daripada rakan karib Rara. Iaitu, 5 Kata 7 Rasa. Ada yang faham tentang maksud 5 Kata 7 Rasa? Nak tahu? 5 Kata, I Love You, I Miss You, I Heart You, I Need You, Be Mine? Selain itu, 7 Rasa, Sayang, Cinta, Kasih, Dendam, Sakit Hati, Iri Hati, Kebencian.
5 Kata itu adalah kata-kata manis pada permulaan perhubungan yang dapat membuatkan perasaan kita berdegup kencang dan gembira apabila mendengar seseorang itu melafazkannya. 7 Rasa pula bererti tentang betapa sayangnya kita pada seseorang itu. Cinta, perasaan cinta yang pasti akan hadir tidak kira masa mahupun umur. Kasih, perasaan yang mahu mempunya kasih sayang daripada seorang kekasih. Dendam, perasaan/sifat dendam ini akan muncul apabila orang yang istimewa di dalam hidup kita bersama dengan orang lain. Ia dapat membuat seseorang itu mampu melakukan sesuatu yang lebih daripada sangkaan kita. Sakit hati dan iri hati ini boleh dikategorikan di dalam dendam. Sebelum mempunyai sifat dendam pasti ada penyebabnya. Kebencian, apabila ditinggalkan kerana orang itu telah berubah hati kepada yg lain, ia akan mengefisikan kepada kebencian.
Di dalam setiap perhubungan, pasti akan ada permasalahan. Malah ia juga dapat memberi impak yg kuat kepada kita. Terkadang, akibat terlalu banyak permasalahan ia dapat menutup hati kita supaya tidak bercinta lagi kerana tidak kuat lagi menyakiti hati sendiri. Ia seakan-akan merobek perasaan. Maka jika mempunyai masalah, berdoalah dan meminta kepada Allah SWT supaya tenangkan hati kita yg sedang luka dan lara ini. Tak perlulah kita luahkan dengan perkara-perkara yg tidak masuk akal. Ingatlah Allah SWT sentiasa ada untuk bantu kita. Ingatlah kepadaNya pada setiap masa :) kerana hanya Dia yg mengetahui perasaan kita dan apa yg sedang kita alami wahai kawan. Marilah kita bersama-sama mengingatinya :)
Sampai sini saja ya bloggies? Rara nak rehat dulu. Selamat tinggal rakan-rakan bloggies :) Jangan lupa untuk kawal perasaan ya? dan jangan lupa untuk bersabar kerana Allah SWT akan sentiasa ada untuk kita lebih-lebih lagi dengan orang yg sentiasa bersabar dalam menghadapi ujiannya. Ingat sayang, Allah SWT tidak akan menduga hambanya diluar kekuatan hambanya dan sifat sabar itu adalah separuh daripada iman. Lagi satu, jangan ditahan air mata kerana ia akan menyakiti hati dan perasaan kita lebih lama. Maaf jika terkasar bahasa dalam post kali ini, publish yang Rara rasa Rara tahu sahaja. Tidak tahu sama ada betul atau tidak kerana hati dan perasaan kita semua berbeza-beza. Minta maaf sekali lagi ya kawan? Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
|