LIFESTYLE
//Princess

(( Fifteenagers & Egoistitical ))
Hi . Bonjour Guys! You was stuck in my blog.
Do follow and feel free to leave ur footprints and comments No Haters, Copycats and Anon here.

Wanna to know more about Me? Click Button Author :*
A fake smile can hide a million tears ♡


Diaries Author Linkies Heart ♥


Rawr ♡

Whoever I am, I'm just wanna to be myself. No need your judgement or curse. Who are you for judge me? Please, let me go to my own life without haters and another bullshit.

Tweeting ♥ .

Credits
Template : Diana Adriana
Basecode : Dinie Hanani
Intan Aqilah
Best view : Google Chrome

Penipuan tanpa henti.
Tuesday, 11 March 2014 | 05:25 | 0 Awesome People
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Penipu. Kenapa harus jadi penipu? Mengapa? Jelaskan kepadaku. Aku seolah-olah tidak mengerti mengapa harus kau menjadi penipu. Tidakkah kau tahu betapa peritnya apabila ditipu? Aku sakit. Pedih rasanya apabila ditipu. Adakah kau bisa merasai apa yg aku rasai? Kau tidak pernah memahami akan segala kejujuran wahai sang penipu.


Terkadang, aku berfikir seketika. Adakah kau tidak berasa kasihan akan orang yg kau tipu seperti aku? Aku ini lemah wahai sang penipu. Aku tidak mungkin dapat melupakan apa yg kau lakukan kepadaku. Aku juga tidak mengerti mengapa kau tidak pernah berhenti untuk hentikan segala penipuan ini. Aku cuma ingin kau mencuba untuk berhenti secara perlahan-lahan sikapmu ini. Sikapmu ini membuatkan aku sakit, bahkan bukan diriku. Tetapi semua yg berada di sekelilingmu.


Aku juga tertanya-tanya mengapa engkau menjadi begini? Mengapa? Setelah aku mencuba mencari jawapan itu. Kau mengelak daripada segala pertanyaanku. Dan akhirnya aku mendapati jawapan itu daripada akal fikiranku sendiri. Beberapa sebab kau menjadi penipu dan antaranya adalah mungkin kau kecewa akan hubungan kau dengan bekas kekasih kau terdahulu. Mungkin juga kau sering ditipu di dalam setiap perhubungan dan pelbagai alasan lagi. Dan penipuan ini membuatkan kau menjadi insan yang kejam.


Aku memahami jika kau mempunyai kisah/sejarah silam yang buruk serta gelap. Tetapi kau tidak mempunyai hak untuk membalas akan segala perbuatan buruk yang telah diperlakukan kepada dirimu kepada orang lain. Kau sama sekali tidak mempunyai HAK. TIDAK SAMA SEKALI. Aku juga pernah merasai segala penipuan ini, dan aku masih kuat menghadapinya walaupun perit rasanya. Malah aku tidak membalasnya kepada sesiapa kerana aku yakin Allah SWT itu akan melindungi dan membantu hambanya yang teraniaya. Maka perlulah kau tahu aku sedang memahamimu wahai sang penipu.


Kali ini, aku juga tidak menyangka bahwa perkataan "SAYANG" juga adalah palsu dan sangat murah terhadapmu. Ia seakan-akan perkara remeh yang tidak pernah kau mahu ketahui. Kau ucapkan sayang kepadaku tetapi ia hanyalah satu penipuan dan palsu belaka. Pada 8.3 kau bersamanya, kau tinggalkan aku dengan harapan palsumu. Akhirnya aku menyadari, aku tidak akan pernah menjadi seorang yang sempurna di matamu. Maka kali ini aku minta supaya kau berubah setelah kau bersamanya.



SELAMAT TINGGAL.

Old things | New things